Produk Emas

Selasa, 25 Januari 2011

Bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas?

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam pelaburan emas, tajuk ini amat menarik minat saya.

Sebelum menjawab soalan ini, anda kita perlu menjawab 1 soalan lain terlebih dahulu. Soalannya: Adakah anda teruja dengan kenaikan harga emas atau penurunan harga emas? Jawapan: 1. Ada orang teruja  2. Ada orang risau.

Yang mana satu jawapan anda? Anda tak perlu beritahu saya.

Sebenarnya emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Anda tak perlu risau dengan kenaikan dan penurunan emas ini dalam masa yang singkat. Jika anda melabur emas untuk jangka masa panjang, rekod kenaikan emas sejak 2 tahun adalah 49.54%!



Selepas harga emas di pasaran mencecah harga tertinggi USD1422.6/auns (USD45.74/gram), bermula Januari 2011 harga emas menunjukkan trend harga emas menurun. Ketika artikel ini sedang ditulis (10:45pm, Malaysia) harga emas USD1344.5/auns ( USD43.23/gram). Kejatuhan hanya 5.49%.

Bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas?

Jawapan 1: Jika anda seorang spekulator emas, masa sekarang adalah amat mengujakan kerana anda boleh beli emas dengan harga murah dan jual pada masa emas mahal. Harga emas sekeping jongkong 20gram Public Gold RM3000 pada malam ini. Anda beli 10 keping jongkong emas 20gram = RM30100 (termasuk caj pengangkutan RM10 untuk setiap keping jongkong).  Jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk beli emas. (PS. Seorang guru yang juga kenalan saya baru membeli emas RM120,000 minggu lepas semasa harga RM3050 untuk jongkong 20gram). Belilah sekarang. Mungkin 10 keping terlalu sedikit, saya tahu anda ada banyak wang lagi di dalam bank.


Jawapan 2: Jika anda seorang pelabur yang baru beli 10 keping emas (20 gram Public Gold) 3 minggu lepas dengan harga R3140, masa sekarang adalah amat merisaukan. Anda mungkin rasa tertipu dengan agen emas yang menjual emas ini kepada anda. jangan risau kawan. Agen itu tidak menipu, sila lihat graf di atas. Harga emas memang sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang. Adakah anda melabur dalam jangka masa seminggu, atau pun sebulan? Mungkin 2 bulan? Anda melabur untuk jangka masa yang panjang. berdasarkan prestasi 2 tahun terakhir, harga emas sentiasa meningkat untuk jangka masa yang panjang. Tidurlah dengan lena, jangan risau. Apabila harga emas dah mencecah RM3500, agen emas anda akan menelefon anda. Jangan menyesal pula kerana tidak membeli emas sekarang.

Mengikut jangkaan penganalisis emas, kenaikan emas sebanyak USD1500/ounce pada tahun 2011. Sama-sama kita nantikan. Artikel berkaitan berita-berita emas anda boleh semak di laman web www.publicgold.com.my. Tak perlulah saya salin dan tampal lagi di sini. Anda boleh baca sendiri di sana.

Akhir kata daripada saya, selamat membeli emas. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli emas!

Aritikel ini ditulis oleh:
Shamsuddin Bin Mat Isa
Public Gold Priority Dealer: A0777
016-555 4956

Sabtu, 22 Januari 2011

Pelaburan Kalis Inflasi, hartanah dan emas

Tahukah anda bahawa nilai duit yang kita simpan semakin susut nilainya setiap hari disebabkan kesan inflasi? Terdapat 2 pelaburan yang telah saya kenal pasti berdasarkan perbualan saya dengan seorang jutawan semasa berada di Sibu, Sarawak (menyertai pertandingan catur Terbuka Sarawak dan mendapat tempat ke-6).

1. Hartanah
2. Emas

1. Hartanah

Semua orang sedia maklum bahawa harga hartanah sentiasa meningkat terutamanya di kawasan bandar besar. Namun begitu peningkatan hartanah tidak sama dan anda perlu bijak memilih lokasi dan harga yang ditawarkan. Sebagai pelabur yang mahu menjana pendapatan, harga hartanah yang dibeli mestilah di bawah harga pasaran. Kaedah dan teknik bagaimana membuat untung dengan hartanah boleh dibaca dengan lebih lanjut di dalam buku berkaitan (saya cadangkan buku bertajuk Jutawan hartanah, oleh Azizi Ali). Artikel berkaitan bagaimana membeli hartanah dengan menggunakan modal emas boleh dibaca dalam blog kawan saya. http://emaskuning999.blogspot.com/2011/01/membeli-hartanah-tanpa-kehilangan-duit.html

2. Emas

Kenaikan harga emas.
2008 = 5.6%
2009 =  23.4%
2010 = 27.1%

Selepas membuat penyelidikan emas selama 6 bulan, akhirnya saya membuat keputusan melabur dalam bidang emas fizikal pada bulan Julai 2010. Harga emas telah naik sebanyak 10% dalan tempoh 6 bulan saya membuat kajian tetang pelaburan emas! Banyakkan? Sebab itu, pada masa sekarang pelaburan emas adalah terbaik berbanding ASB. Kenaikan harga emas dijangka meningkat sebanyak 20-25% untuk tahun 2011.

Kenapakah harga emas meningkat banyak? Ini adalah kesan daripada penggunaan wang kertas serta kemelesetan eknomi. Semakin meleset ekonomi, jumlah wang kertas dicetak akan bertambah dan orang ramai akan beralih kepada peleburan sebenar iaitu emas dan perak, bukan lagi saham-saham dan bon. Sekaligus ini akan menyebkan kenaikan harga emas!

Sampai jumpa lagi. Terima kasih kerana membaca.