Produk Emas

Selasa, 18 Disember 2012

Turki Mendakwa Iran Membeli $ 7.14 Billion Emas hingga Nov Tahun Ini (2012) / Selasa, 18 Disember 2012 11:40 AM IST

ANKARA (BullionStreet): Berbeza dengan laporan awal, Turki sekali lagi menafikan pembayaran emas ke Iran tetapi berkata Republik Islam telah menyumbang 60 peratus daripada eksport emasnya sehingga November.

Menteri Ekonomi Turki, Zafer Caglayan berkata emas dieksport dari Turki dalam cara yang sama seperti eksport barangan lain. Eksport emas tersebut bukan bayaran untuk gas asli atau produk minyak.

60 peratus daripada eksport emas Turki dieksport ke Iran, 30 peratus - UAE, baki 10 peratus - negara-negara Eropah, terutama Switzerland, kata Caglayan.

Beliau berkata dari Januari hingga November 2012, Turki telah mengeksport emas bernilai $ 11.9 billion dan $ 7.14 billion telah dieksport ke Iran. Beliau turut menggariskan bahawa dalam tempoh ini, jumlah eksport Turki berjumlah $ 151.5 billion.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Turki Ali Babacan mengesahkan pembayaran emas ke Iran kerana Iran tidak boleh memberi pembayaran dalam mata wang disebabkan oleh sekatan ke atas Iran.

Menurut Institut Statistik Turki, eksport emas dari Turki ke Iran pada suku kedua tahun 2012 berjumlah $ 4.8 billion berbanding dengan $ 1 bilion dalam suku pertama.

Turki mengimport lapan juta tan minyak dan lapan bilion meter padu gas dari Iran setiap tahun.

Artikel ini telah diterjemah oleh: Shamsuddin Bin Mat Isa ( Agen PublicGold )
www.guruemas.blogspot.com

http://www.bullionstreet.com/news/turkey-says-iran-buys-714-billion-gold-till-nov-this-year/3599Selasa, 18 Disember 2012 11:40 AM IST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan