Produk Emas

Sabtu, 22 Januari 2011

Pelaburan Kalis Inflasi, hartanah dan emas

Tahukah anda bahawa nilai duit yang kita simpan semakin susut nilainya setiap hari disebabkan kesan inflasi? Terdapat 2 pelaburan yang telah saya kenal pasti berdasarkan perbualan saya dengan seorang jutawan semasa berada di Sibu, Sarawak (menyertai pertandingan catur Terbuka Sarawak dan mendapat tempat ke-6).

1. Hartanah
2. Emas

1. Hartanah

Semua orang sedia maklum bahawa harga hartanah sentiasa meningkat terutamanya di kawasan bandar besar. Namun begitu peningkatan hartanah tidak sama dan anda perlu bijak memilih lokasi dan harga yang ditawarkan. Sebagai pelabur yang mahu menjana pendapatan, harga hartanah yang dibeli mestilah di bawah harga pasaran. Kaedah dan teknik bagaimana membuat untung dengan hartanah boleh dibaca dengan lebih lanjut di dalam buku berkaitan (saya cadangkan buku bertajuk Jutawan hartanah, oleh Azizi Ali). Artikel berkaitan bagaimana membeli hartanah dengan menggunakan modal emas boleh dibaca dalam blog kawan saya. http://emaskuning999.blogspot.com/2011/01/membeli-hartanah-tanpa-kehilangan-duit.html

2. Emas

Kenaikan harga emas.
2008 = 5.6%
2009 =  23.4%
2010 = 27.1%

Selepas membuat penyelidikan emas selama 6 bulan, akhirnya saya membuat keputusan melabur dalam bidang emas fizikal pada bulan Julai 2010. Harga emas telah naik sebanyak 10% dalan tempoh 6 bulan saya membuat kajian tetang pelaburan emas! Banyakkan? Sebab itu, pada masa sekarang pelaburan emas adalah terbaik berbanding ASB. Kenaikan harga emas dijangka meningkat sebanyak 20-25% untuk tahun 2011.

Kenapakah harga emas meningkat banyak? Ini adalah kesan daripada penggunaan wang kertas serta kemelesetan eknomi. Semakin meleset ekonomi, jumlah wang kertas dicetak akan bertambah dan orang ramai akan beralih kepada peleburan sebenar iaitu emas dan perak, bukan lagi saham-saham dan bon. Sekaligus ini akan menyebkan kenaikan harga emas!

Sampai jumpa lagi. Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan